Thursday, November 8, 2007

LM kat SMKTDS

Pada tahun 3 sem 5, aku telah memasuki alam persekolahan semula.. Bkn sbg pelajar, tetapi seorang guru.. Rase cam xcaye plak ble kne mgajar lak kat skola.. Aku menjalani Latihan Mengajar di SMK Tmn Desa Skudai, dekat je ngan UTM dlm 10mnt leh smpai.. Skola ni satu sesi je, so kne la bgn awal.. Aku sllu g skola ngn mber sme course, Pojie ngan Fadli bdk sains sukan.. Kteorg yg praktikal kat cni ade 5 org iaitu aku sendiri ngn Pojie (ckgu KH), Fadli (PJ), Fatimah (Kimia) ngn sorg amoi, Kong Sing San (Sains)..

Gambar kteorg mse dtg koko ptg..

First projek mase hari first kt SMKTDS ni, wt lanskap..


Refleksi bagi Pengurusan

Pihak pengurusan sekolah merupakan satu institusi yang penting bagi SMK Taman Desa Skudai kerana ia mempuanyai tugas masing-masing dalam memastikan perjalanan sekolah yang sistematik dan berkesan. Perintah am yang telah di tetapkan oleh sekolah adalah peraturan yang wajib di patuhi oleh semua pihak yang berada di sekolah. Peraturan ini dilaksankan bagi memudahkan perjalanan sekolah dalam urusan pentadbiran, proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta aktiviti sekolah.

Dari segi kehadiran, kedatangan guru akan dicatat pada buku kehadiran guru di pejabat. Biasanya kedatangan guru mestilah tidak melebihi dari 7.20 pagi. Sesi pembelajaran di sekolah ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.05 petang. Guru di benarkan pulang pada jam 2.10 petang. Bagi pelajar pula, mereka mestilah hadir ke sekolah sebelum sesi pembelajaran bermula iaitu jam 7.30 pagi. Waktu tamat persekolahan bergantung kepada tingkatan samada peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2 serta tingkatan 3, 4 dan 5.

Penglibatan guru dan staf sekolah amat baik dalam menjaga nama baik SMK Taman Desa Skudai. Disiplin pelajar amat dititikberatkan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti. Guru disiplin sangat tegas dalam menjamin disiplin dan tingkahlaku pelajarnya samada didalam sekolah mahupun luar sekolah. Jika sesorang pelajar melanggar peraturan sekolah tindakan yang sewajarnya akan diambil. Pengawas juga berperanan sebagai pembantu guru disiplin. Ini untuk memastikan pelajar lain juga tidak akan melakukan kesalahan yang sama disamping menjaga nama baik sekolah di mata masyarakat.

Pengawal keselamatan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap pelajar di SMK Taman Desa Skudai ini dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh sekolah seperti keluar masuk sekolah, pakaian pelajar dan sebagainya. Bagi tetamu yang datang ke sekolah perlu memakai pas pelawat yang telah di sediakan di pondok pengawal keselamtan.

Laluan masuk utama..Selamat Datang

Refleksi bagi Prasarana

Secara keseluruhan, kemudahan yang terdapat di SMK Taman Desa Skudai adalah baik kerana setiap kemudahan infrastruktur dan prasarana yang ada diuruskan dengan teratur dan sistematik melalui pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkesan. Pihak sekolah juga mengamal dasar mengutamakan akademik pelajar dan sahsiah pelajar. Justeru itu, pihak sekolah sanggup menyediakan kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti mesin fotostat, LCD projector, OHP transparent dan sebagainya yang dapat membantu guru-guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan.

Kemudahan infrastruktur juga boleh dikatakan memuaskan pada prasarana seperti di bengkel Kemahiran Hidup ( Bilik jahitan, pengurusan diri, masakan, bengkel kayu dan logam, paip dan elektrik), makmal sains, bilik lukisan kejuruteraan, makmal bahasa, bilik mesyuarat, bilik guru, perpustakaan, bilik sejarah, bilik geografi, bilik sains pertanian, bilik SPBT, makmal komputer dan sebagainya. Namun begitu, terdapat sesetengah bilik yang masih lagi kurang lengkap. Selain itu, kedudukan bengkel tidak sesuai kerana berhampiran dengan kelas dan boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutama apabila pelajar sedang membuat projek mereka.

Dua buah bilik guru di sediakan untuk guru-guru yang mengajar di sekolah ini. Keadaan di bilik guru sangat selesa dan bersih. Kebersihan di bilik guru sangat dititik beratkan kerana guru-guru sering berada di bilik guru untuk membuat kerja-kerja mereka. Setiap hari pekerja akan datang membersihkan bilik guru. Kemudahan di bilik guru juga lengkap seperti meja dan kerusi, papan putih, rak buku dan komputer. Selain itu, terdapat juga penghawa dingin di bilik guru yang menambahkan lagi keselesaan guru.

SMK Taman Desa Skudai mempunyai 10 blok yangmana setiap satu blok mempunyai namanya sendiri. Nama blok di sekolah ini diberikan berdasarkan nama batu dan garam mineral yang bernilai tinggi :

  • Block A – Berlian dimana terletaknya Anjung Ilmu, pejabat sekolah dan makmal bahasa.
  • Block B – Baiduri merupakan blok untuk kelas pelajar.
  • Block C – Kristal mempunyai stor sukan, bilik persalinan pelajar, dan beberapa kelas.
  • Block D – Delima
  • Block E – Firus mempunyai bilik Geografi, bilik Sejarah, bilik Sains Pertanian, bilik mesyuarat, bilik peperiksaandan beberapa kelas.
  • Block F – Ratna mempunyai bilik Kesihatan, bilik PPSMI, bilik Pengaws, bilik guru 2, koperasi dan beberapa kelas.
  • Block G – Mutiara mempunyai makmal dan peralatan serta bahan yang diperlukan dalam Sains, Fizik, Kimia dan Biologi.
  • Block H – Zamrud mempunyai bilik SPBT, bilik seni lukisan dan bilik lukisan kejuruteraan.
  • Block I – Kantin.
  • Block J – mempunyai Kantin, ruangan makan guru dan staf serta bilik muzik.

Bahagian hadapan sekolah terletak padang di sebelah kanan dan kiri terletak tapak permainan serbaguna untuk bola tampar, badminton, bola keranjang dan sebagainya. Dihujung sekali terletak surau dan tempat letak kereta guru.


Refleksi bagi Kurikulum

Dari segi pelajar pula, tahap akademik ada yang baik dan sederhana. Namun begitu terdapat juga pelajar yang lemah dalam akademik mereka terutama kelas belakang seperti kelas peralihan, E, F dan G. Dengan adanya tusyen inisiatif dari sekolah dan guru yang mengajar pelajar peperiksaan PMR dan SPM amat baik untuk memberi semangat dan dorongan kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai keputusan yang cemerlang.

Suasana di bilik darjah juga akan selesa di mana ia boleh memuatkan antara 30 hingga 40 orang pelajar. Kemudahan meja dan kerusi mencukupi untuk semua pelajar. Kebersihan dan keceriaan kelas bergantung kepada pelajar yang mendiami kelas tersebut. Kelas yang bersih memberikan keselesaan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun begitu, masih terdapat kelas yang kurang memuaskan di mana mereka kurang menitik beratkan aspek kebersihan dan keceriaan ini. Kesannya pelajar-pelajar kurang selesa berada di dalam kelas dan suka berada di luar kelas.

Guru-guru di sekolah ini menggunakan kemudahan papan hitam untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana setiap kelas di sediakan kemudahan papan hitam. Namun begitu, terdapat pelajar yang kurang berminat untuk belajar. Oleh itu, guru perlulah bijak menarik perhatian pelajar ketika sesi pembelajaran. Guru tidak seharusnya menggunakan papan hitam sahaja tetapi menjalankan beberpa aktiviti yang boleh melibatkan semua pelajar di dalam kelas.


Refleksi bagi Kokurikulum

Selain itu, pelajar SMK Taman Desa Skudai juga diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum bagi meningkatkan kesihatan fizikal dan social. Hal ini selaras dengan saranan Menteri Pelajaran kita iaitu Dato Hishammuddin Tun Hussein mahu pelajar bukan sahaja bagus dalam akademik sahaja malah dalam kegiatan kokurikulum juga. Ianya juga bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara mahu melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah. Bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang mestilah mengamalkan modal insan yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Antara contoh kegiatan kokurikulum yang ada di SMK Taman Desa Skudai ialah Kadet polis, KRS, Puteri Islam bagi unit beruniform, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sains dan matematik, kelab Cyber bagi kelab/persatuan dan bola jaring, bola sepak, bola baling, tenpin boling ialah bagi permainan. Kesemua aktiviti ini banyak memberi manfaat kepada pelajar sekaligus mengisi masa lapang pelajar dengan melakukan aktiviti yang sihat dan berfaedah.