Monday, September 22, 2008

Buka Puasa..

Hari ini aku telah menjalani ibadah puasa seperti biasa..Yang luar biasanya, aku berbuke di ladang tempat aku bertani, bertanam, berlanskap dan menternak..Suasana yang berbeza ini mungkin tidak dapat dirasai seperti dimana2..Bertempat di gazebo, berlatarbelakangkan flora2 yang indah diliputi suasana malam yang bermandikan cahaya bulan, aku dan beberapa teman telah mengubah mood berbuka dengan suasana berbeza..Waktu berbuka dinanti dengan penuh kesabaran..Setelah azan berkumandang, masa untuk berbuka pun tiba dengan penuh kesyukuran..Betapa indahnya alam ciptaan tuhan, birpun sekitarnya sunyi dan gelap namun bentangan langit diangkasa dihiasi taburan bintang2 sudah cukup untuk menghiasi alam maya ini..

Aku berbuka dengan nasi putih bersayur salad ala2 kfc dan ayam percik..Air carrot susu menjadi pelengkap menyegarkan tekak ini yang sudah ketandusan air..Bersama teman2 seperti udin, kutsam, eila dan mah, kami bersama2 berbuka diselangi dengan tawa senda sehingga melewati batas masa..Sedar2 kami telah mengambil masa yg terlalu lama untuk menghabiskan juadah berbuka tersebut biarpun ada lg yang xhabis..Hari sudah semakin gelap, kami bergegas untuk pulang menunaikan solat..Sempat juga melihat ikan diaquarium sebelum pulang..



Ramadhan Kali ini..

Pada tahun ini, ramadhan dihadapi dengan tenang dan cool.. Biarpon kelas amali bisa membuatkan ku penat, namun puasa tetap diteruskan jua.. Tahun ini agak unik sedikit kerana kita berpuasa sama dengan kalender hijrah kite iaitu 1 Sept ngan 1 Ramadhan.. So, senang nk tau brape ari da puasa.. Awal ramadhan aku dirumah bersama keluarga tercinta, bersahur dan berbuka bersama-sama.. Alangkah beruntungnya aku dapat bersama keluarga kerana dikurniakan tempat untukku menimba ilmu di UTM nie yg memakan masa sejam++ sahaja untuk ku sampai ke umah.. Disamping kemudahan jalanraya dan Plus biarpon kene bayar sedikit namun ianya berbaloi untuk ku smpai ke destinasi tujuan.. Dikesempatan ini, nk ucap slmt berpuasa kepada semua walhal raya tinggal lagi seminggu lebih je.. Sempat juga nk siapkn kad2 ni.. Kiranya disini dikirimkan skali kad puasa dan kad raya..



Sedar xsedar, arini da ari ke 22.. Tinggal beberapa hari lagi nk raya.. Persiapan utk raye ni simple2 je bak kate org bersederhana namun tetap meriah.. Di sini, aku berbuka dengan rakan2 di teratak L24.. Makanan dibeli dari bazar, xsmpat nk masak2.. Kemeriahan ramadhan begitu ketara dengan dihiasi lampu liplap2 dan yang paling penting pelita raya, warisan zaman berzaman bagi mengekalkan mood raya.. Memang meriah smpai bekalan diesel xcukup2.. Tapi bagi mengekalkan tradisi, inilah cara terbaik.. Akhir skali, aku nk mengucapkan selamat hari raya yg akan tibe ini kepada semua.. Pesanan untuk semua : janganlah bermain bunga api, nanti keluar api..berhati2 semasa memandu, yg xmemandu pon kne berhati2 jgk..no drink drive, coz bulan puase..Haha

Monday, September 15, 2008

Tempahan Baju F1 (Korporat) JPTK

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan thanks a lot kpd member2 yang support utk baju ni. Sebelum ni aku n rakan2 dah suggest kat bdk2 ni wt bju F1 ni coz snang klo ade function2 rasmi ke, bru nmpk yg course kteorg ni kuat.. Tp biase la, bkn smua yg akan bg komen membina.. Namun, aku n bberapa sahabat baik telah bersepakat utk meneruskan je projek ni coz da nk last year pon.. Mase awal2 sem ade jgk tergerak nk stat, tp skrg bru dpt launch sample baju ni.. Mereka yg berminat amat menggalakkan termasuklah En. Zainal yg awal2 lg da nk tempah n En. Din yg siap dtg blik aku kt L24/106B ni utk melihat sndri saiz bju, pastu siap bebuke puasa lg ngn kteorg.. Selain itu, rakan2 sph lain yg mmg berminat utk baju ini.. Dan xlupe jgk kt kutsam yg jd bendahara utk projek ini.. Kt bwh ni aku post gmbaran baju (cam prototaip la plak) n color die skali..

BAJU F1 KORPORAT JPTK
Spesifikasi kain : Viscose, Code Number : 65/35
Warna : Coklat=M554, Hijau=M322, Piping=Merah

Tempahan dibuka sehingga 23/09/08 beserta deposit RM 30..
Harga utk lengan pendek RM 55 n panjang 3suku(perempuan) RM 60..

# You can refer this blog also : http://msadaholyman-syaiful.blogspot.com