Tuesday, July 1, 2008

Zenxin Organic Park

Pada 5 Mei 2008, aku telah menjalani Latihan Industri selama 2bulan kat Zenxin Organic Park. Aku memilih tempat ini kerana dekat ngan umah, dlm 10 mnt da blh smpai. Tempat ni hari2 bukak dr 9.00am-9.30pm. Aku offday ari jmaat coz snang nk beribadat. Keje kt cni bole dikatakan best coz friendly and dpt lunch free. Byk yg aku blaja kt cni, smpai xlarat nk tgk ari2.

Keje utama aku adalah as a tourist guide. Mybe coz i'am teacher, so dorg give me this work. Many Singaporean come this park for tour, ade gak bdk2 skola dtg for tour education. Very tired coz 1 trip tour it take in 30mnt++ for short tour until 2hours for xbrape nk short tour. At the same time, aku jgk wt some of artwork utk tmpt ni.

Bersama pelatih PLKN

Mengenai Zenxin Organic Park...
Zenxin Organic Park telah di tubuhkan pada tahun 2001 sebagai sebuah syarikat tanaman, bekalan dan peniaga runcit makanan organik. Pada 3 Ogos 2006, Zenxin Organic Park ini telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian pada masa itu iaitu Yang Berhormat Tan Sri Muhyidin Bin Haji Mohd Yassin. Pada November 2006, Zenxin Organic Park telah dianugerahkan Special Award 2006 dalam kategori sayur-sayuran oleh MAHA (Malaysia Agriculture Horticulture Agro-tourism Show). Sejak penubuhannya, Zenxin telah dipercayai oleh semua lapisan masyarakat sebagai sebuah syarikat pengeluar makanan berkhasiat yang tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatan produk mereka. Ini bermaksud kaedah penanamannya tidak menggunakan baja kimia atau racun kimia semasa proses penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan pokok buah naga.

Farm Mart, semua produk ogranic n harga die pnye la..

F&B Restaurant

Taman Bunga

Kolam ikan tilapia, pengunjung bli mknan n then bg kt ikan2 ni..


Taman Organik Zenxin dan Taman Buah Naga mempunyai keluasan seluas 100 ekar dimana ia dapat memberikan pelbagai pengalaman penanaman organik dan menyaksikan sendiri pertumbuhan organik dilakukan tanpa baja kimia atau racun serangga. Terdapat juga Taman Herba Organik dengan lebih daripada 90 jenis herba yang dapat memberikan pelbagai pengetahuan tentang herba, mengelakkan kanser dan berkhasiat untuk badan. Selain itu juga, pengunjung dapat melihat keindahan dan kecantikkan bunga buah naga yang diberi nama “Queen of the Night”. Bunga ini akan mengembang sehingga sebesar muka manusia pada waktu malam.

Ni pkok buah naga, lbih kurang cam pkok kaktus..

Ni die buah naga, ready to harvest..the taste very nice..