Sunday, October 19, 2008

Preview bout Music


Flourescent Adolescent by Arctic Monkeys


You used to get it in your fishnets
Now you only get it in your night dress
Discarded all the naughty nights for niceness
Landed in a very common crisis
Everything's in order in a black hole
Nothing seems as pretty as the past though
That Bloody Mary's lacking a Tabasco
Remember when he used to be a rascal?

Oh that boy's a slag
The best you ever had
The best you ever had
Is just a memory and those dreams
Not as daft as they seem
Not as daft as they seem
My love when you dream them up...

Flicking through a little book of sex tips
Remember when the boys were all electric?
Now when she tells she's gonna get it
I'm guessing that she'd rather just forget i
Clinging to not getting sentimental
Said she wasn't going but she went still
Likes her gentlemen to not be gentle
Was it a Mecca Dobber or a betting pencil?

Oh that boy's a slag
The best you ever had
The best you ever had
Is just a memory and those dreams
Weren't as daft as they seem
Not as daft as they seem
My love when you dream them up
Oh, where did you go?
Where did you go?
Where did you go? Woah.

Falling about
You took a left off Last Laugh Lane
You just sounded it out
You're not coming back again.

Falling about
You took a left off Last Laugh Lane
You just sounded it out
You're not coming back again.

You used to get it in your fishnets
Now you only get it in your night dress
Started all the naughty nights with niceness
Landed in a very common crisis
Everything's in order in a black hole
Everything was pretty in the past though
That Bloody Mary's lacking in tabasco
Remember when he used to be a rascal?



Besh lagu ni.. Kate Nash jgk ade nyanyi lagu kumpulan Arctic Monkeys ni..

Saturday, October 18, 2008

Kasih Terjalin 08

Jamuan Hari Raya - Kasih Terjalin adalah anjuran kami warga 4SPH sebagai suatu acara untuk mengumpulkan kami2 dan pensyarah serta mereka yang terlibat dengan kami..Ia sebagai usaha untuk memupuk semangat kekitaan dikalangan kami..


Warga KTHO blok L24


Pada khamis malam jumaat yang lepas, corse aku iaitu 4SPH telah mengadakan satu majlis jamuan..Kali ini, jamuan tersebut diadakan di bangunan HEP..Tema pakaian adalah formal tp glamor, namun tetap sopan dan ayu..Biarpun kelancaran majlis amat sederhana namun kerjasama ahlinya untuk menjayakan program ini amat membanggakan..Sehinggalah selesai sesi bergambar pada akhir acara yang mana dewan jamuan tersebut siap dikemas..Di luar, sempat jugak bergambar biarpon asigment belambak menanti dibuat dengan psm lg yg ngah dalam proses pembuatan dan pengumpulan maklumat..Haha

jalie, murni, suria, epul, en.Safarin, eila, fyda, mah, yuszaida


Open table..


Black n white..




Tuesday, October 7, 2008

Beraye..

Baru je balik UTM da ada yg ajak braye..Isnin malam tu kteorg konvoi 4 kerete g umah eila, mah ngan murni, maklumlah bkn tau jln sgt.. Mula2 g umah eila sbb die yg nk dtg umah die dlu..Pastu umah mah n last umah murni.. Dari johor jaya ke tmn daya dan ke kg majidi, mmg btol braye nie..haha

Kami bertolak dari UTM ni dlm kol 8lbih dan smpai kt UTM smula dlm kol 12..Nseb bek xkene scan card matrix..Dorg pn tau musim2 prayaan ni standard la kunjung mengunjung umah jiran..

bergambar bersama kt umah eila

bergambar bersama kt umah mah

bergambar di umah murni



Monday, September 22, 2008

Buka Puasa..

Hari ini aku telah menjalani ibadah puasa seperti biasa..Yang luar biasanya, aku berbuke di ladang tempat aku bertani, bertanam, berlanskap dan menternak..Suasana yang berbeza ini mungkin tidak dapat dirasai seperti dimana2..Bertempat di gazebo, berlatarbelakangkan flora2 yang indah diliputi suasana malam yang bermandikan cahaya bulan, aku dan beberapa teman telah mengubah mood berbuka dengan suasana berbeza..Waktu berbuka dinanti dengan penuh kesabaran..Setelah azan berkumandang, masa untuk berbuka pun tiba dengan penuh kesyukuran..Betapa indahnya alam ciptaan tuhan, birpun sekitarnya sunyi dan gelap namun bentangan langit diangkasa dihiasi taburan bintang2 sudah cukup untuk menghiasi alam maya ini..

Aku berbuka dengan nasi putih bersayur salad ala2 kfc dan ayam percik..Air carrot susu menjadi pelengkap menyegarkan tekak ini yang sudah ketandusan air..Bersama teman2 seperti udin, kutsam, eila dan mah, kami bersama2 berbuka diselangi dengan tawa senda sehingga melewati batas masa..Sedar2 kami telah mengambil masa yg terlalu lama untuk menghabiskan juadah berbuka tersebut biarpun ada lg yang xhabis..Hari sudah semakin gelap, kami bergegas untuk pulang menunaikan solat..Sempat juga melihat ikan diaquarium sebelum pulang..



Ramadhan Kali ini..

Pada tahun ini, ramadhan dihadapi dengan tenang dan cool.. Biarpon kelas amali bisa membuatkan ku penat, namun puasa tetap diteruskan jua.. Tahun ini agak unik sedikit kerana kita berpuasa sama dengan kalender hijrah kite iaitu 1 Sept ngan 1 Ramadhan.. So, senang nk tau brape ari da puasa.. Awal ramadhan aku dirumah bersama keluarga tercinta, bersahur dan berbuka bersama-sama.. Alangkah beruntungnya aku dapat bersama keluarga kerana dikurniakan tempat untukku menimba ilmu di UTM nie yg memakan masa sejam++ sahaja untuk ku sampai ke umah.. Disamping kemudahan jalanraya dan Plus biarpon kene bayar sedikit namun ianya berbaloi untuk ku smpai ke destinasi tujuan.. Dikesempatan ini, nk ucap slmt berpuasa kepada semua walhal raya tinggal lagi seminggu lebih je.. Sempat juga nk siapkn kad2 ni.. Kiranya disini dikirimkan skali kad puasa dan kad raya..



Sedar xsedar, arini da ari ke 22.. Tinggal beberapa hari lagi nk raya.. Persiapan utk raye ni simple2 je bak kate org bersederhana namun tetap meriah.. Di sini, aku berbuka dengan rakan2 di teratak L24.. Makanan dibeli dari bazar, xsmpat nk masak2.. Kemeriahan ramadhan begitu ketara dengan dihiasi lampu liplap2 dan yang paling penting pelita raya, warisan zaman berzaman bagi mengekalkan mood raya.. Memang meriah smpai bekalan diesel xcukup2.. Tapi bagi mengekalkan tradisi, inilah cara terbaik.. Akhir skali, aku nk mengucapkan selamat hari raya yg akan tibe ini kepada semua.. Pesanan untuk semua : janganlah bermain bunga api, nanti keluar api..berhati2 semasa memandu, yg xmemandu pon kne berhati2 jgk..no drink drive, coz bulan puase..Haha

Monday, September 15, 2008

Tempahan Baju F1 (Korporat) JPTK

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan thanks a lot kpd member2 yang support utk baju ni. Sebelum ni aku n rakan2 dah suggest kat bdk2 ni wt bju F1 ni coz snang klo ade function2 rasmi ke, bru nmpk yg course kteorg ni kuat.. Tp biase la, bkn smua yg akan bg komen membina.. Namun, aku n bberapa sahabat baik telah bersepakat utk meneruskan je projek ni coz da nk last year pon.. Mase awal2 sem ade jgk tergerak nk stat, tp skrg bru dpt launch sample baju ni.. Mereka yg berminat amat menggalakkan termasuklah En. Zainal yg awal2 lg da nk tempah n En. Din yg siap dtg blik aku kt L24/106B ni utk melihat sndri saiz bju, pastu siap bebuke puasa lg ngn kteorg.. Selain itu, rakan2 sph lain yg mmg berminat utk baju ini.. Dan xlupe jgk kt kutsam yg jd bendahara utk projek ini.. Kt bwh ni aku post gmbaran baju (cam prototaip la plak) n color die skali..

BAJU F1 KORPORAT JPTK
Spesifikasi kain : Viscose, Code Number : 65/35
Warna : Coklat=M554, Hijau=M322, Piping=Merah

Tempahan dibuka sehingga 23/09/08 beserta deposit RM 30..
Harga utk lengan pendek RM 55 n panjang 3suku(perempuan) RM 60..

# You can refer this blog also : http://msadaholyman-syaiful.blogspot.com


Sunday, August 31, 2008

MerDayKa 2008!!

Merdeka kali ini aku sambut di UTM bersama rakan-rakan.. Aku menyertai konvoi motosikal sekitar UTM sebelum ambang kemerdekaan.. Pada hampir malam kemuncak, kami semua peserta konvoi UTM ke padang kawad dan melabuhkan motosikal di sana.. Malam itu direndami dengan deruman-deruman motosikal dari peserta di sekeliling kawasan UTM.. Setelah tiba di Padang Kawad, kami semua ke arena untuk menyertai acara sambutan kemerdekaan yang diadakan di sana.. Nyanyian-nyanyian lagu patriotik bergema di segenap penjuru dataran tersebut.. Ini menaikkan lagi semangat kecintaan terhadap negara yang tercinta ini.. Selamat Hari Merdeka untuk Malaysia dan aku sekali..=)

Friday, August 29, 2008

Lawatan ke kilang Yakult

Lawatan di Kilang Yakult, Seremban, Negeri Sembilan.


Yakult merupakan salah satu minuman yang mempunyai kualiti yang tinggi, bahan2 yang dipilih adalah bermutu dan dipackage secara moden di kilangnya di Seremban, Negeri Sembilan.. Kultur bakteria baik dibawakan khas dari Jepun..Mula diperkenalkan oleh Dr. Shirota, sehingga ke hari ini sudah 3puluh buah negara menerima yakult..


Yang canggihnya, kilang ini menggunakan sepenuhnya mesin yang berteknologi tinggi dan bilangan pekerja tidak lebih dr 30 org..Very owesome, kilang punya besar hanya memerlukan pekerja yg sedikit.. Mungkin dieorng senang nk kawal quality production dan mempertingkatkan penggunaan sumber tenaga manusia sepenuhnya..Papepon kilang Yakult ni memang bagus untuk industri pemakanan diluar sana membuat lawatan dan melihat sendiri operasi kilang ini..

Mesin & teknologi yang digunakan..


Makmal yang tertutup namun pengunjung boleh melihat dari cermin luar..




Monday, August 25, 2008

AutoShow UTM 2008 (Pesta Konvo 41)

Pada 16 Ogos yang lalu bertempat di padang kawad UTM, satu acara yang dinantikan oleh peminat kereta dan modifikasi kereta telah berlangsung. Tahun ni peserta yang terlibat amat menggalakkan dengan bahan-bahan asigment diorang yang cun-cun..

Sistem audio, bole kasi angkat skirt..


X-sesori & Kemasan dalaman..


Kompak car, kecil tp cute..


Modified car..


Tuesday, July 1, 2008

Zenxin Organic Park

Pada 5 Mei 2008, aku telah menjalani Latihan Industri selama 2bulan kat Zenxin Organic Park. Aku memilih tempat ini kerana dekat ngan umah, dlm 10 mnt da blh smpai. Tempat ni hari2 bukak dr 9.00am-9.30pm. Aku offday ari jmaat coz snang nk beribadat. Keje kt cni bole dikatakan best coz friendly and dpt lunch free. Byk yg aku blaja kt cni, smpai xlarat nk tgk ari2.

Keje utama aku adalah as a tourist guide. Mybe coz i'am teacher, so dorg give me this work. Many Singaporean come this park for tour, ade gak bdk2 skola dtg for tour education. Very tired coz 1 trip tour it take in 30mnt++ for short tour until 2hours for xbrape nk short tour. At the same time, aku jgk wt some of artwork utk tmpt ni.

Bersama pelatih PLKN

Mengenai Zenxin Organic Park...
Zenxin Organic Park telah di tubuhkan pada tahun 2001 sebagai sebuah syarikat tanaman, bekalan dan peniaga runcit makanan organik. Pada 3 Ogos 2006, Zenxin Organic Park ini telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian pada masa itu iaitu Yang Berhormat Tan Sri Muhyidin Bin Haji Mohd Yassin. Pada November 2006, Zenxin Organic Park telah dianugerahkan Special Award 2006 dalam kategori sayur-sayuran oleh MAHA (Malaysia Agriculture Horticulture Agro-tourism Show). Sejak penubuhannya, Zenxin telah dipercayai oleh semua lapisan masyarakat sebagai sebuah syarikat pengeluar makanan berkhasiat yang tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatan produk mereka. Ini bermaksud kaedah penanamannya tidak menggunakan baja kimia atau racun kimia semasa proses penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan pokok buah naga.

Farm Mart, semua produk ogranic n harga die pnye la..

F&B Restaurant

Taman Bunga

Kolam ikan tilapia, pengunjung bli mknan n then bg kt ikan2 ni..


Taman Organik Zenxin dan Taman Buah Naga mempunyai keluasan seluas 100 ekar dimana ia dapat memberikan pelbagai pengalaman penanaman organik dan menyaksikan sendiri pertumbuhan organik dilakukan tanpa baja kimia atau racun serangga. Terdapat juga Taman Herba Organik dengan lebih daripada 90 jenis herba yang dapat memberikan pelbagai pengetahuan tentang herba, mengelakkan kanser dan berkhasiat untuk badan. Selain itu juga, pengunjung dapat melihat keindahan dan kecantikkan bunga buah naga yang diberi nama “Queen of the Night”. Bunga ini akan mengembang sehingga sebesar muka manusia pada waktu malam.

Ni pkok buah naga, lbih kurang cam pkok kaktus..

Ni die buah naga, ready to harvest..the taste very nice..




Sunday, April 27, 2008

Cubprix Kat Kluang

Pada 13/4/08 yg lalu bersamaan hari ahad, tmpt aku tlh berlangsung kejohanan cubprix sebagaimana setiap thn mcm biasa dorg wt kt kluang.. Punye rmai org kt cni smpai sesak ngan pnas lg.. Papepon slmt dtg ke Kluang, "dunia permotoran anda".. haha, aku bangga jd warga Kluang..

Jalan msuk, klab bdk2 moto paking moto dorg..

Kt cni xbrape nk pnas sbb awek ni ade payung..

Aku kompius nk bli moto ke nk bli amoi ni..hehe

Ngan gadis litar kt booth modenas, motosikal nasional kita.

Moto yg dorg gune utk race kt trex..



Saturday, April 26, 2008

Camping kat Gunung Pulai

Pada 29 ngan 30 Mac lalu, koQ yang aku masuki telah membuat camping kat kawasan G.Pulai 2h1m kat sane.. Kteorg memang suke sbb da lame x pegi camping camni, last pon mse amik treking thn 2006. Macam2 xtvt yang besh sajen yang ajar kteorg wat disamping dpt mber2 bru..Group kteorng ntah cmne knal pn x tp bile da camping ni leh rapat plak..Dorg enjoy n sporting, yg pnting lyn.. Subjek yang enjoy ni ialah Orientering..

Aku ngan member satu course, ucop


Geng2 mantap..


Pasang khemah, port baik pnye..


Nak mkn kne msk lak, nseb bek aku reti msk.. Awek2 ni gaya je lbih, tp xreti pon sbenarnye..hehe


Masak jemput2 segera, xckup sbb rmai lak join..Thanks to awek ni coz suport mknan mlm tu..


Amik gmbr bersame2 mse ngah treking..Rehat2 jap


Bergambar kenangan ngan awek kcik comey..hehe


Bdak2 group aku, korg mmg sporting..


Da nk blk, amik gamba wt knangan..