Sunday, August 31, 2008

MerDayKa 2008!!

Merdeka kali ini aku sambut di UTM bersama rakan-rakan.. Aku menyertai konvoi motosikal sekitar UTM sebelum ambang kemerdekaan.. Pada hampir malam kemuncak, kami semua peserta konvoi UTM ke padang kawad dan melabuhkan motosikal di sana.. Malam itu direndami dengan deruman-deruman motosikal dari peserta di sekeliling kawasan UTM.. Setelah tiba di Padang Kawad, kami semua ke arena untuk menyertai acara sambutan kemerdekaan yang diadakan di sana.. Nyanyian-nyanyian lagu patriotik bergema di segenap penjuru dataran tersebut.. Ini menaikkan lagi semangat kecintaan terhadap negara yang tercinta ini.. Selamat Hari Merdeka untuk Malaysia dan aku sekali..=)

Friday, August 29, 2008

Lawatan ke kilang Yakult

Lawatan di Kilang Yakult, Seremban, Negeri Sembilan.


Yakult merupakan salah satu minuman yang mempunyai kualiti yang tinggi, bahan2 yang dipilih adalah bermutu dan dipackage secara moden di kilangnya di Seremban, Negeri Sembilan.. Kultur bakteria baik dibawakan khas dari Jepun..Mula diperkenalkan oleh Dr. Shirota, sehingga ke hari ini sudah 3puluh buah negara menerima yakult..


Yang canggihnya, kilang ini menggunakan sepenuhnya mesin yang berteknologi tinggi dan bilangan pekerja tidak lebih dr 30 org..Very owesome, kilang punya besar hanya memerlukan pekerja yg sedikit.. Mungkin dieorng senang nk kawal quality production dan mempertingkatkan penggunaan sumber tenaga manusia sepenuhnya..Papepon kilang Yakult ni memang bagus untuk industri pemakanan diluar sana membuat lawatan dan melihat sendiri operasi kilang ini..

Mesin & teknologi yang digunakan..


Makmal yang tertutup namun pengunjung boleh melihat dari cermin luar..




Monday, August 25, 2008

AutoShow UTM 2008 (Pesta Konvo 41)

Pada 16 Ogos yang lalu bertempat di padang kawad UTM, satu acara yang dinantikan oleh peminat kereta dan modifikasi kereta telah berlangsung. Tahun ni peserta yang terlibat amat menggalakkan dengan bahan-bahan asigment diorang yang cun-cun..

Sistem audio, bole kasi angkat skirt..


X-sesori & Kemasan dalaman..


Kompak car, kecil tp cute..


Modified car..